Breaking News
Home / Artikel Cahaya Islam / MANA LEBIH AFDHAL ??

MANA LEBIH AFDHAL ??

BACA QURAN DAN ZIKIR MANA LEBIH AFDHAL
SOALAN :
Saya nak tanya antara baca Quran dengan berzikir mana yang lebih afdhal?
JAWAPAN :
Baca Quran dan berzikir masing-masing adalah amalan yang sangat dituntut oleh syarak dan kedua amalan ini dijanjikan dengan pelbagai ganjaran kebaikkan samada di dunia mahu pun di akhirat.
Terlalu banyak nas yang datang menyebut kelebihan membaca Al-Quran antaranya ialah mendapat balasan syurga.
Sabda Rasulullah saw :
يُقَالُ لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ: اقْرَأْ، وَارْتَقِ، وَرَتِّلْ كَمَا كُنْتَ تُرَتِّلُ فِي الدُّنْيَا، فَإِنَّ مَنْزِلَكَ عِنْدَ آخِرِ آيَةٍ تَقْرَؤُهَا
Artinya : “Dikatakan kepada pembaca Quran bacalah kamu dan naiklah kamu dan bacalah ia sebagaimana kamu membacanya di dunia maka sungguhnya tempat kamu (di syurga) ialah di sisi ayat terakhir yang kamu baca akan dia.” (Hadith riwayat Abu Daud)
Dan begitu juga terlalu banyak nas yang datang pada menyebut kelebihan berzikir antaranya ialah mendapat darjat yang utama di sisi Allah pada hari kiamat.
Telah diriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri r.a. katanya :
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم سئل : أيّ العباد أفضل درجة عند الله يوم القيامة؟ قال : الذاكرون الله كثيراً
Artinya : “Sungguhnya Rasulullah saw telah ditanya : Manakah hamba Allah yang paling utama darjatnya di sisi Allah pada hari kiamat? Sabanya : Orang-orang yang banyak berzikir akan Allah.” (Hadith riwayat Tirmizi & Imam Ahmad)
Berbalik kepada soalan jika ditanya mana yang lebih afdhal maka telah berkata Imam Nawawi :
قِرَاءَةُ الْقُرْآنِ أَفْضَلُ مِنْ التَّسْبِيحِ وَالتَّهْلِيلِ وَسَائِرِ الْأَذْكَارِ إلَّا فِي الْمَوَاضِعِ الَّتِي وَرَدَ الشَّرْعُ بِهَذِهِ الْأَذْكَارِ فِيهَا
Artinya : “Bermula baca Quran itu lebih afdhal dari bertasbih dan bertahlil dan sekelian zikir melainkan pada tempat yang datang syarak menentukan dengan ini sekelian zikir padanya.” (Kitab Al-Majmu’ Syarah Al-muhazzab)
Maksudnya secara mutlak tanpa dikaitkan dengan masa atau tempat maka membaca Quran lebih afdhal dari berzikir.
Ada pun jika datang nas menentukan dengan zikir pada suatu tempat atau masa maka zikir lebih adfhal misalnya disebut di dalam hadith selepas bersin hendaklah mengucap Alhamdulillah maka menyebut Alhamdulillah selepas bersin lebih afdhal dari membaca Quran.
wallahua’lam
ustaz azhar idrus
Comment
Share

About mai

Check Also

10 CARA MENJADI WANITA MATANG. 1. Kurang Bercakap Dan Lebih Mendengar. Wanita matang lebih banyak …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *