Setiap kali kita menghadapi saat sukar dalam menentukan kejayaan, kita sering di sematkan dengan satu kekuatan untuk menghadapinya. Kita berkata, “Aku perlu berani!” Ya! Benar sekali! Kita perlu berani dalam menghadapi segala rintangan untuk berjaya dan menang. Tetapi apa yang terjadi sering kali membuatkan kita kaku untuk terus berusaha mencapai kejayaan. Kerana realiti hidup telah menetapkan bahawa kita akan lebih banyak gagal daripada berjaya!
Kita boleh bersikap berani apabila berfikiran positif bahawa kita akan berjaya. Namun, sikap berani akan hilang jika kita berfikiran negatif bahawa kita akan kalah. Hampir semua orang tahu akan perkara ini, tetapi kenapa masih ramai orang yang suka berfikiran negatif dan menganggap dia akan kalah? Jawapannya mudah, mereka lebih suka fikir berpandukan realiti kehidupan, bukan berfikir dengan menggunakan kuasa minda. Siapa yang boleh berfikir dengan menggunakan kuasa minda? Hanya segelintir manusia hebat sahaja..
Jadi bagaimanakah kita dapat menanam rasa berani jika fikir kita akan kalah? Jawapannya juga mudah, TERIMALAH KEKALAHAN ITU SEBAGAI REALITI, BERANILAH UNTUK KALAH! Di mana-mana pun, orang yang berjaya adalah seorang yang telah tahu dia akan kalah tetapi tetap berdegil untuk meneruskan usahanya.
Dalam buku BERANI GAGAL oleh Billi P.S. Lim ada menyatakan,
“Apabila seorang samurai sejati bertarung, ia telah bersedia untuk menghadapi maut, tetapi lazimnya, lawannyalah yang menemui ajal.”
Kita akan lebih berani dalam apa jua perkara sekiranya kita berani untuk menghadapi kekalahan. Berani menghadapi kekalahan bukan bermaksud buat sambil lewa dan tidak kisah sangat jika kalah, tetapi bermaksud,
“Aku akan buat habis baik, aku tak peduli jika aku kalah, aku tak hairan dan aku tak takut! Aku tetap akan buat yang terbaik!!!
Insyaallah…kejayaan dalam genggaman ANDA!
makasih buat infonya…