Setiap hari apabila membuka internet, lazimnya ramai dikalangan kita yang mula dengan menyemak email (tapi sekarang ramai gak yang chek Facebook frst). Sebagai seorang yang ingin menjalankan perniagaan internet, kita mungkin tidak terlepas dari menerima email bertalu-talu dari peniaga-peniaga internet lain samada dari dalam mahupun luar negara.
Keadaan ini telah menyebabkan kita mengalami pembaziran masa yang kita sendiri pun tidak sedar. Sehingga perkara yang sepatutnya kita lakukan, tidak kita lakukan, tetapi kita melencong pula ke arah lain kerana tawaran menarik dan hadiah percuma yang diberikan kepada kita.
Sebenarnya banyak faedahnya dan banyak kegunaannya hadiah-hadiah dan email2 yang dikirimkan kepada kita. Namun apakah faedahnya jika satu benda yang kita terima pun tidak kita menmanfaatkannya? Fikirkan balik, berapa banyak koleksi ebook yang kita dah ada? Berapa banyak ‘benda’ percuma yang kita dah download? Berapa dan berapa? Kadang2 kita terdownload 2-3 kali produk yang sama yang kita sendiri pun tak sedar ianya sudah ada dalam hardisk kita.
Sedang orang lain asyik menghasilkan wang, kita pula asyik menghitung hari bila kita dapat menghasilkan wang seperti mereka. Sedang orang lain asyik menyiapkan produk, kita pula asyik menyemak email ‘berguna’ yang kita ‘tidak guna’ pun. Hanya sekadar menbaca dan download produk percuma yang diberi, menonton video kejayaan dan langkah mudah yang ditunjukkan oleh para peniaga yang berjaya. Namun hasilnya tetap sama.
Jika kita masih seorang yang baru, ia adalah normal untuk kita belajar banyak perkara dan melihat peluang yang ada. Namun jika kita telah bergelumang dengan keadaan ini hampir 1 tahun, inilah masanya untuk berhenti bertindak seperti seorang yang rakus menyambar apa sahaja yang diberi. Mula fokus dan bertindak dengan betul!
Usah diperbodohkan lagi. Lupakan semua email berguna yang tak guna itu! Fokus kepada produk dan usaha kita. Cari ilmu berkaitan dan berkenaan dahulu, jangan asyik melencong ke sana ke mari. ‘Mereka’ tidak memperbodohkan kita, tetapi kitalah yang tanpa sedar meletakkan diri sendiri dalam keadaan tidak memanfaatkan diri.
“Untuk berjaya, anda tidak perlu melakukan banyak perkara, tetapi lakukan hanya 1 perkara yang betul sahaja!”
aku tak paham la mksd ko ni bro…ni brg mo kasi apa sbnarnya????????
Maksudnya, takyah habiskan membaca emel yg org send kat kita. Biasanya bila kita subscribe emel org, nanti akan datang la emel2 yg pelbagai setiap mimnggu drpd pemilik emel yg sama.
Kadang2, depa bg free ebook la, ape la. Bukan tak bagus, tp yg tak bagunya bila kita asyik keje download pehtu simpan je maklumat. So, lebih baik kita gunakan masa yg ada utk buat keje kita yg lebih berfaedah.
Camtu la lebih kurang. Harap faham sudah.. 😉
Yer…betul apa yg Kakeru tulis tu…harap bro paham la yer..!
Dulu selalu la saya wat camtu Wan. Skang tader dah la, penat2 download then simpan je watper. Saya cuma baca part yg dirasakan penting dan ade kene mengena dgn apa yg saya nak wat.
Klu tak just open n close jer la..hoho.. Takder la bazir masa nanti. Klu time bz lagi la payah nak buka emel, tunggu time relaks2, boleh la nak merewang buka emel. Tp limit masa la, bg kejap je.
Rasanya klu ade benda yg penting, kita takkan tengok benda yg tak penting, betul tak..? 😉
Betul tu Kakeru..situasi yang sama pun terkena pada diri ni..belajar dari kesilapan!
aku sokong tu..hahaha..bab2 mendownload ni rajin..tp apa daya-nya membaca n membukanya tu kurang rajin..hehe :p
emel aku klu buka – dah beribu tak baca..mls aku nak buka..mcm yg ko ckp la..emel berguna yang tak guna..heheh
Salam,
situasi yang sama seperti saya. Namun, tak jugak semua email tentang produk mereka. kekadang ada juga tips yang berguna, yang selama ni kita tak tahu. Dah bertambah ilmu kan. Tapi, kalau ada ilmu tak bertindak tu apa namanya?
Kalau yang aktif dalam affiliate, email-email tentang produk baru pun penting. Jadi orang yang terawal pun bagus juga kadang-kadang…hehe…
just my 2 cents
tu dah masuk bab lain tu Mantra…kalau buat Affiliate tu dah kira bertindak la tu! Bagus x2
Eh yeke?
Tesalah bab ke?
Sorry2.. tapi saya pun menghadapi situasi baca email belambak setiap hari. Tanpa disedar masa dah belalu. Rugi je hehehe…
emm cam terkena jer kat aku..down mana baik wat rujukan jer..hehehe