MEMBERI HUTANG?
1. Jika kawan yang nak berhutang, gaya hidup lebih mewah dari kita. Elakkan bagi dia berhutang.
2. Jika dia berhutang, sebab keperluan asas makan minum keluarganya, silakan beri hutang.
3. Jika dia berhutang untuk bayar gaya hidupnya seperti kereta BMW 3 siri 2nd hand yang dia beli sempena raya Cina. Sebaiknya jangan bagi pinjam.
4. Jika dia nak berhutang, untuk bayar hutang ceti haram atau Ah long. Jangan bantu juga, ada riba yang kita juga akan tanggung.
5. Jika kawan kawan lain dah ramai kena dia tak bayar hutang, maka kita harus bersedia jadi mangsa barunya.
6. Jika dia nak pinjam RM2000, dan kita tahu mesti tak dapat balik punya. Tapi lakonan airmatanya cukup baik dan berkesan. Sedekahkan sahaja RM200 dan halalkan sahaja. (Ikut kita mampu)
7. Jangan buat hutang untuk bagi sesiapa pun pinjam duit hutang kita. Itu bencana paling dalam.
8. Jangan bagi pinjam duit persaraan kita, kita akan mati dulu baru dapat kembali duit itu.
Malas dah nak pesan,
Ramai yang ulang cerita yang sama.
Kredit – AbahQilah/ Azizul
#Sampaikan pada adik adik kita supaya berhati² dalam perhubungan. Jangan mudah terleka..