Home / Minda / Menghadapi Saat Sukar

Menghadapi Saat Sukar

sad smile

Di saat ini, ketika kita sedang bersuka ria, ada orang sedang menanggung kesedihan dan mungkin juga kesengsaraan. Hidup kita tidak selalunya cerah namun tidak juga selalu gelap. Perjalanan hidup yang penuh liku ini begitu sempurna diaturkan oleh tuhan. Anda mungkin sedang menghadapi saat-saat yang sukar anda hadapi ketika ini. Senyumlah walaupun dalam deraian air mata.

Saat ini bukan untuk anda jatuh, sebaliknya saat untuk anda belajar bangun kembali. Senyuman yang anda ukirkan walaupun pun pedih, mampu mengubati luka-luka kecil untuk anda terus bertahan.  Siapa sangka Bill Gate berjaya menjadi orang no 1 terkaya di dunia setelah dibuang dari Univeristi? Siapa sangka KFC berjaya berkembang sehingga kini setelah resipinya ditolak 1000 kali, siapa sangka anda boleh menjadi ‘seseorang’ suatu ketika nanti? Siapa sangka? Anda sendiri mungkin tidak menyangkanya.

Tetapi itulah hakikatnya…hakikat ini tidak datang dengan sendirinya, ia datang dengan kepercayaan dan keazaman yang kuat disusuli usaha yang tiada noktah. Saya berasa sedih dengan keadaan yang berlaku terhadap rakan2 yang sedang menghadapi saat sukar ketika ini. Saya memang dilahirkan dengan perasaan simpati dan kasih sayang yang kuat terhadap orang lain, ini memang kelemahan saya…namun betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Cetusan artikel ini digarap khas buat anda semua. Bukan untuk menyatakan anda malang tetapi untuk menyatakan anda bertuah kerana diuji tuhan untuk berusaha bangkit!

Ramai orang di luar sana begitu selesa dengan hidupnya sehingga terleka untuk memperbetulkan kesilapan diri. Apa jua tindakan mereka, perasaan betul dan mengikut nafsu menjadi pegangan. Mereka terus dihanyut oleh kelalaian tanpa mereka sedari. Tidak bagi anda, anda diuji tuhan…mungkin atas balasan bagi menghapuskan dosa atau mungkin demi meningkatkan martabat anda di sisi tuhan…

Fahamlah anda kini, di kala menghadapi saat sukar…syukurlah atas ujiannya….

Wassalam…

About wanwma

Check Also

MEMBERI HUTANG

MEMBERI HUTANG? 1. Jika kawan yang nak berhutang, gaya hidup lebih mewah dari kita. Elakkan …

3 comments

  1. terima kasih..

  2. betul. di masa senang jangan lupakan orang lain yang sedang sukar. terima kasih.suka baca artikel muhasabah diri.
    .-= naz menulis diblognya tentang.. 404 error page not found? lol =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *