Home / Islam / (Motivasi) Berfikir Sekarang!

(Motivasi) Berfikir Sekarang!

Ambil sebatang pen  dan sehelai kertas kemudian tulis,

‘Apakah perkara yang aku buat sekarang membawa manfaat di masa depan?’

Baguslah kalau jawapannya ialah YA! Tapi sila semak balik, manfaat yang macam mana? Inilah maksud tajuk artikel ini, ‘Berfikir Sekarang’. Andainya anda seorang pelajar universiti, berfikirlah bermula dari sekarang apa perkara yang boleh  memberi manfaat kepada anda selain belajar? Jika anda seorang pekerja, fikirkan apa perkara lain yang memberi manfaat kepada anda di masa depan selain kerja yang anda ada sekarang?

Kenapa berfikir sekarang? Kerana tindakan hari ini bukanlah untuk kejayaan hari ini, sebalik tindakan itu untuk diri anda 5, 10, 20 atau beberapa puluh tahun akan datang. Dan ia mungkin juga manfaat kepada anda di hari akhirat kelak. Jadi berfikirlah sekarang…

Sebagai contoh, Luqman Al Hakim seorang tokoh Islam yang terkenal dengan kealiman dan kebaikan sikap anak2nya. Menyedari hakikat ini, seorang bertanya:

“Wahai Luqman, bagaimanakah kamu mendidik anak2 kamu sehingga mereka menjadi begitu soleh?”

Luqman lalu menjawab: “Saya mendidik mereka sebelum mereka lahir lagi..”

Penanya: “Bagaimana mendidik mereka sebelum mereka lahir?”

Luqman: “Saya didik diri saya sendiri sebagaimana saya nak anak saya sedemikian!”

Begitulah lebih kurang pertuturan mereka. Lihat! Apa yang dilakukan oleh Luqman? Beliau sudah mula memikirkan tentang sifat2 anaknya sebelum beliau berkahwin lagi. Beliau mendidik diri sendiri, melakukan perkara yang memberi manfaat kepadanya di masa depan. Bagaimana pula dengan kita? Berfikir dan bertindaklah sekarang!

“All It Takes Is Action And Action Builds Confidence”

About wanwma

Check Also

Empat Bulan Haram

Empat Bulan Haram عن أبي بكرة نفيع بن الحارث رضي الله عنه عن النبي صلى …

No comments

  1. Yup, ini betul. Sbb tu pemikiran long term selalunya hebat sbb fikiran kita dapat menjangkau sampai ke 10-20 tahun akan dtg. Cuma hasilnya mmg lambat sikit, namun kualiti mmg sangat marvellous..!!

  2. kalau dah ada famili.. perancangan masa depan mmg diperlukan..
    .-= Mus menulis diblognya tentang.. Aktiviti Menjelang Raya =-.

    • Sebenarnya sebelum ada family lagi dah perlu buat perancangan, apatah lagi kalau dah ada family! Apa pun saya suka tgk gambar ank2 bro dlm blog tu..kiut2 semuanya! huhuhu

  3. walaupun kita x tau ape yg akan jadi di kemudian hari,tapi perancangan mesti kena ada beb..

  4. betul wan, berfikir bkn utk mase sekarang je tp jugak utk masa depan! otak kne laju dr mulut. =)

  5. Salam ceria sihat kaya bahagia,

    Setuju…..
    Seperti ‘Low of attraction’ ia juga termasuk dlm hukum Qadak dan Qadar.
    Maka fikir dan ingat yg kita mahu sajelah ye…. seronok juge berangan2 ni ….
    .-= redha menulis diblognya tentang.. KEGAGALAN SAHABAT KEJAYAAN?… =-.

  6. aku rasa lah kan, benda yang aku buat sekarang (iaitu berblog) boleh memberi manfaat kepada orang ramai. sebab aku banyak buat tutorial yang aku rasa boleh membantu cket2 walaupun tak banyak.. hee.. 🙂

    satu post yang membuatkan kita terfikir sejenak. bagus bro..
    .-= baloot menulis diblognya tentang.. Teknik Photo Manipulation Menggunakan Adobe Photoshop =-.

  7. Kenapa berfikir sekarang? Kerana tindakan hari ini bukanlah untuk kejayaan hari ini, sebalik tindakan itu untuk diri anda 5, 10, 20 atau beberapa puluh tahun akan datang.

    Saya setuju! Berfikirlah untuk hari esok. Dengan erti kata merancang dari sekarang.
    .-= Motivasi Kerja menulis diblognya tentang.. Jangan Simpan Idea Anda =-.

  8. marilah berblog selalu.
    semoga blogku akan dapat bertambah-tambah lagi ilmu bak kapal yang penuh dengan berlian, gandum..hik3..

    semua orang menginginkan..dahagakan ilmu..Justeru itu daku berharap agar blogku nanti akan menjadi rujukan buat anakku elak.. haha.waris blog surihati_ku..mungkin itulah coretan buat mereka takala mereka sudah dewasa kelak 😉
    .-= Suri menulis diblognya tentang.. Gay…oh Gay =-.

    • Hehehe..betul tu Suri, nanti kalau saya dah tua2, saya akan jengok blog Suri utk mengingati kembali ilmu2 yg dah lama dilupakan…itu pun kalau saya tak nyanyuk la..hahaha(minta kita dijauhkan dari sifat nyanyuk, amin)

  9. Bagi saya sebagai remaja ni, memang perlu sangat sangat kita mula kan perubahan dan usaha dari masa sekarang. sebab kebanyakan orang akan cakap macam ni:

    “alah, umur aku muda lagi, enjoy lah!”

    boleh berhibur, tapi berpada pada, takur kita ketinggalan. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *