Home / Artikel Cahaya Islam / TEKNIK SYAITAN WAS-WASKAN MANUSIA

TEKNIK SYAITAN WAS-WASKAN MANUSIA

Antara teknik halus syaitan was-waskan hati manusia:

1. “Kalau Allah tu ada atau Maha Penyayang, kenapalah doa aku tak makbul-makbul? Kenapa la Dia buat aku macam ni??” (rosakkan iman & akidah).

2. Sekiranya tidak mampu; “Kita ni manusia biasa bukan Nabi, biasa la tu buat dosa, boleh taubat nanti-nanti” (rasa maksiat biasa).

3. Sekiranya tidak mampu; “Ala, solat lambat sket takpe, biar lambat asal selamat buat” (lengahkan suruhan).

4. Sekiranya tidak mampu; “Ehem2, aku banyak ilmu banyak amal, kau hado?” (riyak).

5. Sekiranya tidak mampu; “Astaghfirullah subhanallah, kenapalah semua susah qiyam malam, aku hari-hari bangun rilek je” (kagum dengan diri sendiri).

6. Sekiranya tidak mampu; “Demo lo ni tidok supo kawe dulu, talaqqi nahu balaghoh macey-macey guru wey” (perlekeh orang lain).

7. Sekiranya tidak mampu; “Alaa dia bukan bagus sangat pun, aku tau la, nak nunjuk je tu” (hasad & sangka buruk).

Demikianlah Allah mengingatkan kita:

مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ * ٱلَّذِى يُوَسۡوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ
“…Dari kejahatan bisikan yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia” [al-Nas: 4-5].

-Dr. Kamilin Jamilin-

CNP

About mai

Check Also

Halal, Haram dan Syubhah

Halal Haram dan Syubhat   عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *