Home / Bagaimana Mengubah Hidup? / (Motivasi) Jangan Jadi Diri Sendiri

(Motivasi) Jangan Jadi Diri Sendiri

Sering kita terdengar ungkapan ‘Be yourself!’ atau jadilah diri sendiri, betul tak? Sebelum tu jom kita semak balik, bolehkah kita jadi orang lain? Tak kira macam mana kita buat, kita tetap adalah diri sendiri. Jadi tidakkah ungkapan itu seperti kata-kata bodoh? Tak juga, kita sebenarnya perlu faham ungkapan itu sebenarnya untuk siapa.

Jika anda seorang penyanyi, kemudian anda cuba menampilkan diri seolah-olah anda sama dengan penyanyi terkenal seperti P. Ramlee, Sudirman dan sebagainya, anda telah melakukan kesilapan besar. Anda tidak boleh jadi seperti mereka, anda boleh ambil mereka sebagai contoh, tetapi perlu ubah dengan stail tersendiri. Inilah yang dimaksudkan dengan ‘be yourself’!be yourself

Jika anda seorang usahawan yang hebat dan mengekalkan kehebatan tahap dewa anda dengan sentiasa berpengang teguh kepada kenyataan ‘jadi diri sendiri’ anda masih berada pada landasan yang betul.

Tapi bagaimana pula jika anda seorang kaki rempit, perompak atau pemalas tahap dewa ke sembilan belas? Apabila orang berkata, “bila kau nak berubah?’, anda menjawab dengan penuh gah, “Buat apa nak berubah? Inilah aku! Inilah diri aku yang sebenar, aku peduli apa orang nak cakap apa pun! THIS IS ME! MY SELF! I WANT TO BE MY SELF!

Amboi..kasarnya bahasa kau! Saya pernah dengar perbualan berkaitan tentang perkara seumpama ini dalam radio Era. Seorang lelaki yang mahu bertukar jantina (podan la tu) menjawab panggilan telefon daripada salah seorang penyampai radio Era. Perbualan mereka lebih kurang macam ni:

Penyampai Era:

Adik awak beritahu yang keluarga awak sangat rindukan awak, kenapa awak lari dari rumah? Baliklah..dah dua tahun awak menghilang!

Si Pondan:

Habis saya nak buat macam mana? Mereka tak boleh terima saya! Mereka nak suruh saya berubah! Nak ubah apa? Saya dah macam ni, memang ini jiwa saya! Kalau mereka tak boleh terima saya, baik saya lari keluar dari rumah. Masih ada ramai lagi kawan-kawan yang boleh terima saya dalam keadaan macam ni. Saya bukan tak sayangkan mereka, tapi mereka yang tak boleh menerima keadaan saya!

Apa pendapat anda? Memang Si Pondan itu memegang teguh perinsip ‘JADI DIRI SENDIRI’ sebab itulah apa orang cakap pun dia tak nak dengar! Dia rasa, dia saja yang betul! Jadi anda rasa patutkah Si Pondan itu terus dengan prinsip diri sendirinya? Mungkin anda berkata, itu bukan jadi diri sendiri, itu sudah berubah jadi orang lain. Bukan setakat ubah jadi orang lain tetapi siap tukar jantina lagi. Ehem…betul jugak…tapi itu anda yang kata, Si Pondan tadi tak kata macam tu. Dia kata itulah dia yang sebenarnya! Dia sudah berpegang teguh dengan kefahaman tersebut. Apa lagi yang mampu kita buat?

Inilah BAHAYANYA kenyataan ‘JADI DIRI SENDIRI’!

Cuba kita lihat video ini pula. Apakah alasan yang diberikan oleh para artis ini apabila ditanya tentang kenapa mereka berpakaian seksi.

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=lljupXYtKr0[/youtube]

Lihat! Tidak lain dan tidak bukan, alasan mereka ialah “Inilah saya!”, “Be yourself!” dan seumpamanya! Siapa yang ajar ni?

Saya tidak pernah mendengar kenyataan seperti ini dikeluarkan oleh mana-mana guru agama atau pesanan dari para ulamak (kalau ada baguslah) sebaliknya ungkapan ini dibawa masuk oleh ideologi barat. Ia memang suatu motivasi yang baik. Tetapi kenyataan ini rapuh dan begitu banyak kelemahannya. Dunia barat tidak sama dengan ajaran Islam, ‘Be Yourself’ dalam ideologi barat boleh jadi apa saja. Anda boleh bertukar jantina, anda boleh melakukan seks bebas, anda boleh meluahkan segala isi hati anda untuk mempamirkan diri!

Berbeza dengan tuntutan Islam, Saidina Ali berpesan:

Celakalah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam, dan esok lebih teruk dari hari ini!

Adakah Saidina Ali saja-saja berkata demikian? Tidak sama sekali, kenyataan itu jelas menunjukkan kita perlu berubah ke arah yang lebih baik dari hari ke hari. Tidak kira kita mengungkapkan kata-kata untuk ‘Jadi Diri Sendiri’ atau ‘Jangan Jadi Diri Sendiri’ seperti yang saya tulis di atas, ia hanyalah kenyataan yang tidak membawa apa-apa makna. Kenapa? Kerana kita sememangnya diri kita sendiri yang tak akan berubah! Semua orang tahu perkara ini. Yang berubah adalah sikap, ilmu, kepercayaan, nilai, agama dan sebagainya.

Jadi usah bercakap tentang jadi diri sendiri, sebaliknya JADILAH LEBIH BAIK DARI DIRI ANDA YANG ADA SEKARANG!

Jika hanya tahu berfikir untuk menjadi diri sendiri, anda tidak akan berubah! Anda tidak akan ke mana-mana! Hendak berubah?

JADILAH LEBIH BAIK DARI DIRI ANDA YANG ADA SEKARANG!

Anda tetap adalah anda sendiri, tetapi jadilah lebih baik!

Artikel ini adalah coretan bab dari tajuk Bagaimana Hendak Mengubah Hidup. Semak artikel lepas sebagai rujukan:

  1. Pengenalan
  2. Kenapa Perlu Berubah
  3. Mendalami Rasa
  4. Apa yang saya impikan

About wanwma

Check Also

MEMBERI HUTANG

MEMBERI HUTANG? 1. Jika kawan yang nak berhutang, gaya hidup lebih mewah dari kita. Elakkan …

No comments

  1. idea yang bagus, memang betul jarang dengar ustaz2 kupas apa-apa term yang biasa masyarakat Islam guna seperti ‘jgn jaga tepi kain …’, ‘no money no talk’, ‘dulu lain sekarang lain’, ‘kubur masing2’ dan macam2 lagi.

  2. Salam sdra,

    Seronok baca artikel ni,

    Benar, mmg kita kene yakin dengan diri sendiri, cuma
    bila dah over confident, semua org lain kata, semua salah, dia saja yg betul.

    utk si pondan (jika ada baca blog ini); igtlah, kedua ibu dan bapa kita itu, PANTANG kita derhaka. zahirnya anda bahagia di dunia, tggulah sja balasanNYA di akhirat…nauzubillah~

  3. ehm. klaau dah jadi macam kes pondan tu, tak tahulah. mintak dijauhkan..
    .-= titan menulis diblognya tentang.. Pay Per Lead Terbaru: 12Month Internet Millionaire =-.

    • ehem..lama tak nama titan dalam blog ni! apa pun kita mintak dijauhkn dari jadi mcm pondan tu..tak kira pada diri sndiri atau sedara seagama kita..

  4. suka la baca artikel kat sini…

    x salah kalu kita terus jd diri kita sendiri tp utk lbh maju ke depan kita kene la jd org lain..cuba letakkan diri ssorg yg dah brjaya tu dlm diri kita..br la kita blh berjaya…perlu lalui learning proses yg berterusan.. 🙂
    .-= Sis Lina menulis diblognya tentang.. =-.

  5. ‘ingat senang nak berubah,cakap bolehlah’. ini adalah dialog bagi sesiapa yg x mahu berubah,siniskan bunyinya.saya percaya semua yg diluar sana ingin berubah,mungkin bagi yg x mahu berubah,adakalanya masih terfikir utk berubah,kamu tidak perlu mencari jalan untuk berubah,kerana jalannya sudah ada di dalam sanubari kamu,tinggal kamu untuk memulakan langkah.Ini bermakna kesungguhan dan keinginan yg kuat ,pasti memberi hasil. Ditambah pula dgn tips2 dari wma.Samaada kamu suka ataupun x kamu tetap perlu memilih Allah kerana,bumi ini kepunyaanya,nyawa pinjamanya,kegembiran,anugerahnya,pendek kata tiada satupun hak milik kita.renungkanlah kata2 ini.

  6. mengenal diri sebelum mengenal Allah..semuanya telah tertulis sebelum lauh mahfuz..bagi-Nya, semua telah bermula dan telah pun selesai di sisi-Nya..nikmat yg mana sanggup di dustakan? cahaya atas cahaya.. perlukah masa dan ruang untuk sampai kepada-Nya? aduhai.. indahnya putih dan hitam bila dikenal warnanya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *