Home / Bagaimana Mengubah Hidup? / (Motivasi) Ubah Sebelum Berubah

(Motivasi) Ubah Sebelum Berubah

Sebelum sampai ke satu-satu destinasi, kita akan melalui beberapa langkah dan tempat yang kadang-kadang mahu tak mahu kita terpaksa lalu juga. Tapi yang pasti sebelum tiba ke tempat tersebut, kita akan mulakan dengan berfikir untuk ke sana. Kita akan merealisasikan 80% daripada apa yang kita fikirkan. Contoh jika nak makan, kita akan fikir nak makan dahulu kemudian barulah kita makan, jarang sekali jumpa orang yang tiba2 je  pergi makan tanpa dia sedari. Huhuhu…

Sama juga keadaannya untuk berubah! Kita tidak akan berubah sebelum betul-betul berfikir untuk berubah. Kita tidak boleh membawa diri atau cara berfikir yang kita ada sekarang untuk berubah. Biar saya beri contoh lagi, dikatakan di America, ketakutan utama rakyat mereka ialah memberi ucapan depan khalayak ramai (sebenarnya kat Malaysia pun lebih kurang gak). Katakan kita salah seorang penakut tersebut, apa kita akan fikirkan?

Habislah aku kali ni! Apa orang kata time aku dok kat depan nanti! Apa aku nak cakap nanti? Mesti diorang kata suara aku tak best! Mesti diorang kata aku tak hensem! Mesti diorang kata aku bodoh! Mesti aku jadi bahan ketawa diorang nanti…tidak…tidak. NO! NO! Aku tak nak! Aku tak nak! Makkkkk TOLONG!!!!”

Huhu..bukan susah pun nak tahu apa yang diorang ni fikirkan, sebab majoriti kita berfikir lebih kurang saja. Tapi semua tu sebenarnya hanya mainan minda! Jika bijak kita mengawal cara berfikir, bijak jugalah hasil yang kita dapat. Takut tidak semestinya salah, ia normal dan hampir semua orang mempunyai perasaan demikian. Yang berbeza adalah kerana mereka menambah sedikit adunan dalam fikiran mereka seperti ini:

“Habislah aku kali ni! Apa orang kata time aku dok kat depan nanti! Apa aku nak cakap nanti? Mesti diorang kata suara aku tak sedap! Mesti diorang kata aku tak hensem! Mesti diorang kata aku bodoh! Mesti aku jadi bahan ketawa diorang nanti…hahaha..ADA AKU PEDULI?!! ADA AKU KESAH?  AKU PUNYA PASAL LA NAK JADI APA PUN! YANG PENTING AKU BERANI!”

Yup! Sedikit perbezaan yang membawa 1001 perubahan besar dalam hidup kita! Saya copy dan paste ayat yang sama di atas dan ubah sedikit saja di bahagian akhir. Saya bukan saja2 copy sebab  malas, tapi bersebab! Jika kita masih seorang yang sama, kita tak mungkin mengubah 100% cara kita berfikir. Namun yang paling penting ialah penutup fikiran kita. Apa kesudahannya? Boleh atau Tidak? Nak atau Tak Nak? Betul atau Salah? Renungkan kata-kata di bawah:

Cabaran ini BUKAN tentang ANDA dengan ORANG LAIN! Tetapi tentang ANDA dengan DIRI SENDIRI!

Sering kali saya berjumpa dengan orang yang ingin ubah itu ini tentang dirinya, tetapi sering memberi alasan sama seperti ini:

“Aku tak bolehlah kalau…”

“Aku dah try tapi tak boleh!”

“Aku memang macam ni!”

Ayat yang diungkapkan seolah-olah menyatakan diri tidak boleh melakukan itu ini, tapi hakikatnya hanya minda dan fikirannya saja yang bermasalah. Andai kata anda seorang yang suka tidur selepas solat subuh, terniat dihati anda mahu berubah dan tak nak tidur lagi selepas ini. Niat itu hanya sia-sia jika anda tidak ubah fikiran anda terlebih dahulu.

Percaya atau tidak, bilamana anda berusaha untuk tidak tidur pada waktu itu, fikiran anda akan menghantar signal kepada diri supaya tidur. Dengan tiba-tiba badan menjadi letih, mata terasa berat, otak mula memikirkan bantal busuk, dan tak sampai 2-3 hari tabiat lama berulang kembali..lalu anda berkata..

“Aku tak bolehlah kalau tak tido selepas solat subuh!”

“Aku dah try tapi tak boleh!”

“Aku memang macam ni!”

Ingat balik pesanan di atas:

Cabaran ini BUKAN tentang ANDA dengan ORANG LAIN! Tetapi tentang ANDA dengan DIRI SENDIRI!

Hakikatnya sebelum boleh berubah, kita kena ubah fikiran kita terlebih dahulu. Ubah fikiran, ubah cara berfikir, ubah pendapat, ubah cara melihat dan memandang sesuatu, jadilah lebih baik.

Kita tahu bagaimana kita berfikir, jika begitu..berfikirlah sebaliknya!

Breasts_Will_Change_Your_Mind_by_Momoko_Kawase

Artikel ini adalah coretan bab dari tajuk Bagaimana Hendak Mengubah Hidup. Semak artikel lepas sebagai rujukan:

  1. Pengenalan
  2. Kenapa Perlu Berubah
  3. Mendalami Rasa
  4. Apa yang saya impikan
  5. Jangan Jadi Diri Sendiri

About wanwma

Check Also

MEMBERI HUTANG

MEMBERI HUTANG? 1. Jika kawan yang nak berhutang, gaya hidup lebih mewah dari kita. Elakkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *