Home / Islam / Siapakah golongan yang rugi setiap kali bertemu Ramadhan

Siapakah golongan yang rugi setiap kali bertemu Ramadhan

*Siapakah golongan yang rugi setiap kali bertemu Ramadhan*

1 – Mereka yg dipanjangkan umurnya bertemu Ramadhan *TETAPI TIDAK* melakukan apa apa persiapan dan perancangan amal.

2 – Mereka yang membiarkan hari hari Ramadhannya berlalu begitu sahaja *TANPA* bersedekah jariah.

3 – Mereka yang menunggu nunggu waktu berbuka puasa *TANPA* berdoa padaNYA saat saat mustajab berdoa.

4 – Mereka yang bangun sahur *TANPA* memberikan masa untuk mendirikan sekurang kurangnya 2 rakaat solat sunat.

5 – Mereka yang sibuk dgn pelbagai aktiviti sepanjang Ramadhan *TETAPI* kurang mendekatkan dirinya dengan Al Quran.

6 – Mereka yang memiliki masa lapang yang panjang/banyak *TETAPI* tidak berusaha untuk menambah amal soleh / amal kebajukannya.

7 – Mereka yang memiliki kesihatan yang baik *TETAPI* tidak bersungguh sungguh menghidupkan Ramadhan.

8 – Mereka yang cukup harta untuk berbelanja , makan pakai dan lain lain *TETAPI* tidak berusaha untuk menjamu orang lain berbuka puasa.

9 – Mereka yang banyak melakukan dosa *TETAPI* tidak merebut kesempatan memohon keampunan dengan ALLAH SWT.

10 – Mereka yang hanya bersemangat melakukan amal di awal Ramadhan *TETAPI* luntur semangatnya di hujung Ramadhan.

Jazakallah khairaan khatiiraa.

Kuliah Maghrib Dato Khalid Isa.

Cnp

About mai

Check Also

Empat Bulan Haram

Empat Bulan Haram عن أبي بكرة نفيع بن الحارث رضي الله عنه عن النبي صلى …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *